Setiap otot lantai pelvik harus diketatkan dengan sekuat hati kerana hanya cara tersebut otot akan kembali kuat dan menambahbaikkan keadaan anda
1. Berdiri, duduk atau baring dengan kaki anda dijarakkan sedikit dan otot-otot peha, punggung dan abdomen direhatkan.
2. Ketatkan otot-otot di permukaan hadapan dan belakang anda dan gerakkan otot ke atas.
3. Lakukan sebanyak 10 kali secara perlahan dan 10 kali secara cepat.
4. Lakukan senaman ini sekurang-kurangnya 4-5 kali sehari.
5. Lakukan di mana sahaja & pada bila2 masa.
Nota: Ketika melakukan senaman ini:
1. Jangan tahan nafas anda
2. Jangan tolak ke bawah tetapi tekan dan tolak ke atas
3. Jangan ketatkan otot-otot perut, punggung dan peha anda
4. Jangan lakukan senaman ini terlalu kerap pada percubaan pertama, tetapi menambahkan bilangan senaman secara beransur-ansur.
Senaman ini dikenali juga sebagai “kemutan”
No comments:
Post a Comment