Tuesday, May 31, 2011

dah berapa tahun??

Setiap kali bawak si kecik ni bejalan2.. mesti ader jek org yg menjengah.. Tiap kali mesti tanya.. Dah berapa tahun ni??? Dengan senyum sumbing pasti i jawab baru 7 bulan lebih nak masuk 8 bulan... Pastu mesti ade yang sambung... "hurmmm semangat nyerrr" pastu aku mesti sambung "Yerrr dia mmg semangat skit..." x pon "dia mmg besar panjang memang besar panjang =)".

Memang baka kami adelah baka yg agak besar... Ery pon tinggi...


sayalah org yg dimaksudkan...

Leukemia / Kanser Darah

I post skit citer pasal Leukemia / Kanser Darah




Pengenalan
Sejenis penyakit kanser darah di mana sum-sum tulang tidak dapat berfungsi lagi sebagai pembuat sel-sel darah merah dan pembeku darah (platelet darah)

Ini menyebabkan sel-sel darah putih yang tidak normal dan tidak matang dihasilkan dalam tubuh
Penghasilan sel darah putih yang terlalu banyak ini mengakibatkan seseorang menjadi pucat (anemia), pendarahan dan jangkitan yang berselang seli.


Jenis-jenis atau Punca Penyakit
Jenis-jenis leukimia:
1. Akut
- Acute lymfoblastik leukimia (ALL) (umur < 15 tahun)
- Acute myloid leukimia (AML) (umur > 45 tahun)
2. Kronik
- Chronic lymfositik leukimia (CLL) (umur 35 - 60 tahun)
- Chronic myloid leukimia (CML) (umur > 60 tahun)


Punca penyakit:
1. Bahan-bahan kimia seperti benzene dan derivatives yang memusnahkan sel sum-sum tulang
2. Penggunaan bahan sitotoksik dan agen supersif


Sintom
A. Leukimia akut - berlaku dalam tempoh waktu yang singkat dan pesakit biasanya tidak sihat. Boleh menyebabkan kematian dalam masa yang singkat
1. Pucat
2. Rasa letih
3. Hilang selera makan
4. Pendarahan mulut, kulit dan gusi
5. Demam panas
6. Pembengkakan kelenjar leher


B. Leukimia kronik - Sihat pada peringkat awal - pesakit boleh bertahan dalam anggaran 3-5 tahun walaupun tanpa rawatan
1. Pembengkakan pada kelenjar limfa
2. Pembesaran limfa
3. Sakit tulang



Komplikasi:
1. Pendarahan pada kulit
2. Batuk darah
3. Muntah darah
4. Keguguran rambut

Doakan Semoga Cepat Sembuh

Weekend aritu kami ber'holiday di LIWH, Port Dickson... This time with my family & grandparents.. Nanti lah yer baru citer pasal holiday tu.. Pic pon x de lagi nih.. Camera bawak tp memory card tetinggal kat office.. Tensi ok.. Sib baik kamera pak yong & pak ucu ader.. Tompangg jek lah...


Ni nak citer hal yang berlaku semalam....


Sedang dok sibuk packing barang nak check out dr hotel, suddenly Ery ckp yg cousin dia admitted @ SJMC due to leukemia... Her cousin baru jek lepas SPM.. She's very nice person... Last time masa kami jumpa dia, kaki dia bengkak.. Then masa berbual br tau dia kene Arthritis.. 

Now pihak hospital perlukan patlet darah.. Tapi from lelaki sahaja.. I tought very easy lah nak dapatkan penderma ni coz family sebelah Ery ramai lelaki. Rupa2 nya susah jugak coz family dia mostly vein kecil. So susah nak transfer patlet darah.. Some more must below 55 and free from any penyakit...

Lepas check out terus gerak balik ke Shah Alam coz dah dekat, Ery wanna to visit his cousin. Me & Irfan lepak2 @ kedai Mama di PKNS with Mak Ngah (Ery's sister in law). Bukan x nak g visit tp sbb Irfan masih kecil, tu yg x berapa nak bawak dia ke sana. Memula ingat nak mintak tlg mama jagakan Irfan, tapi kesian lak takut dia penat..  The end I & Irfan yang tinggal, Ery pergi dgn mama & ayah..

Sampai sana, Ery buat test darah but unfortunately vein dia kecik & x leh donate patlet darah.. But what he can do, he just donate his blood. Walaupun kami berdua x dapat visit kat hospital, dr kejauhan kami doakan agar his cousin cepat sembuh dan ceria seperti selalu...


After everything complete, Ery pick me & Irfan @ PKNS and drive back to JB... 



Friday, May 27, 2011

The Legend International Water Homes

The best place...!!! Thumbs up..!!!

Actually dah lama kami holiday kat sini.. Baru nak citer lah ni.. Kiranya present lepas besalin & abis pantang... Spent time together-gether with family Ery... The best place utk lepak2 coz bilik dier mmg superb... Siap ader swimming pool lagi yer.. Tip top ok.. But this time x dapat maindi kat swimming pool.. Dah ler baru lepas besalin trauma masih ader.. huhuhuhu... x banyak pic pon yg amik kat situ.. huhuhu...

Irfan (42days)
kecik2 lagi dah ikut bejalan... 




oleh kerana tpt ni mmg best, so we all plan nak ke sini lagi end of this month.. hotel pon dah booked...
hopefully semua bejalan dengan lancar.. 
yippi............. =)

Lagi2 si Irfan...!!!

Citer 1

Hari minggu tah biler , i went to Pizza Hut with nenek , atuk & pak ucu... Ery x ikut coz kene kerja... Tgk lah gelagat si kecik ni.. dia pon sibuk jugak nak tgk menu.. =)






Citer 2

Dalam menunggu hujan reda, i bawak Irfan ke playground @ Tesco Seri Alam... Selama ni dok tgk jek budak2 main but this time i kasi chance kat dia lak... 





Citer 3


Skang ni agak malas nak bwk stroller si kenit.. Last time ber shopping barang rumah, ingatkan ader shopping cart yang siap tpt letak baby @ Tesco Plentong tapi malangnyer x der... So nak dukung sepanjang jalan haruslah x larat kan.. at last letak jek dia dalam tpt duduk shopping cart tu.. As usual mmg agak jakun lah si mamat nih.. miahahah...


Walauape pun i luv him so much... muach..

Thursday, May 26, 2011

Kene kurung

Irfan dah 7 bulan lebih... Dah makin lasak.. Dah berdiri.. gigi dah 6 batang, dah merangkak dan tengah belajar nak memanjat... duduk pon kalo tejatuh jek... hurmm kene kurung dalam baby cot lah jawabnyer.. bila dah kurung sibuk berdiri nak panjat keluar... Alahaii....





Wednesday, May 18, 2011

Di malam yang sepi.. Tiba-tiba.....

Semalam tgh syok tidur... tiba2 Irfan menangis.. Tgk jam baru pkl 1 lebih.. sumbatkan puting.. x jalan.. sumbat air masak.. x jalan.. buat kan susu pun x nak minum... uish ape kene lak si kecik ni.. penat sangat ke siang tadi..
pastu siap melalak kuat kan.. trus ambik air sapu kat muka sambil selawat.. then amik minyak sapu kat perut... bawak keluar bilik g kat bilik dia.. baru senyap skit... dalam mamai2 pada mulanya terus segar bugar mata ni ha... Kali ni bukan main2 nyer nangis.. siap keluar air mata.. Dalam hati mesti ade yg x kene kembung ker?? bila dukung mula la si maknyer and ayah nyer yg tesedawa2 & terkentut.. miahahah.. dalam hati konfirm si kenit ni kembung... kesian gak lah dia... huhhu...macam2 cara dah i buat tgh malam tu.. urut.. sapu minyak siap dukung2 lagi.. angin still tesekat x leh keluar.. last2 kami tiga branak tdo kat bawah... mungkin hasil berkat mak bidan & pak bidan terjun di malam hari kurang skit lah sakit dia.. at last lepas golek kiri golek kanan, irfan pun tertidur sampai pagi...  =)

Wednesday, May 11, 2011

1st time celebrate mother's day...

This year merupakan hari paling bersejarah.. I 'm a mummy & 1st time celebrate mother's day as a mummy together2 with my grand mother, mother & akak ipar.. wah akak eh?

Sebelum ni celebrate utk mereka2 ajer but this time i dah include together.... Just buat makan2 @ umah nenek.. nak makan kat luar x tau nak g maner lg pon limited lah sbb ade baby kecik  nih.. cian lak diorg... 

Last minute plan, i decide nak buat steamboat & a few dishes. Cake dah order awal2.. Yummy...

 Let's enjoy a few photo on that day...



 Family member's

 Cakes
Cakes

Food

Steamboat


Dalam pada semua org sibuk mengisi perut masing-masing, tau x ape si kecik ni buat????
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
tara..................
tidur kepenatan..
(perghhh macam dia lah yg bekerja kuat, g pasar, memasak, mengemas, and so on...)



Seramm jek baca.. Tapi kene ambil iktibar...

Semalam tetiba waktu tgh hari bbsitter Irfan call.. Uish terkejut jugak nih, dalam pale otak macam2 dah pk.. Irfan x sihat ker??? 

Then dengan seribu tanda tanya, i pun jwb call ... rupa2nya makcik tanya either boleh balik cepat ke tidak coz jiran dia meninggal.. So, dia nak g ziarah & tolong ape yg patut.. X g mcm x sedap lak coz yg meningal tu kawan & ji.. So, bila jek dengar orang meninggal, i pun jd seramm sejuk.. Makcik x berani bwk coz Irfan masih kecil lg.. I pun ape lagi, ok makcik nanti pukul 1 sy dtg amik irfan.. Letak phone trus call Ery ajak dia g pick up Irfan & send umah mak kat Tmn Daya suh tlg jagakan... Walau macam mana susah @ sibuk kerja sekali pun.Kengkadang kita kene bertolak ansur dgn bbsitter coz right now agak susah nak cari org yg boleh jaga anak kita...

Bebalik semula dgn cerita Melawat org meninggal, Malam pulak terbaca artikel di FB.. & rasa patut share lah dgn semua orang... As a mother pada anak yg masih kecil & agak penakut jugak bila baca artikel ni... tergamam jugak lah dibuatnyer...

**********************************************
Ni aku dapat dari email. Ada orang email aku, aku rasa aku patut share. Nak forwardkan email tu balik, tak larat ramai sangat. So, bacalah ni. Sama-sama kita ingat-mengingatkan.
  
Walaupun kita digalakkan menziarahi jenazah, namun berhati-hatilah. Org tua-tua used to say bila balik from melawat org meninggal, terus ke bilik air, cuci muka, rehat sebentar baru tegur anak2 dirumah.

Teringat saya pada tragedi yang menimpa bayi perempuan saya, ketika itu masih berusia 7 bulan. Memang tidak bermaya, tidak tidur, tidak menangis, tidak ketawa, tidak makan dan tidak pula menyusu. Hati ibu mana yang mampu menahan bila keadaan anak begitu. Saya bersama suami sering lakukan solat hajat untuk meminta Allah lindungi dan pelihara kesihatan dan kesejahteraan kami sekeluarga.

Masa berlalu sehinggalah rumah ibu di datangi seorang lelaki yang agak berusia lewat 50an dan memperkenalkan dirinya sebagai Cik Man, seingat saya waktu itu hari raya Aidil Adha. Sesungguhnya kami sekeluarga memang tidak mengenali dan tidak pernah pula berkenalan dengan lelaki tersebut. Cik Man tu kata selepas beliau selesai solat Asar tak tahu pulak gerakan hati untuk kerumah itu (rumah ibu).

Beliau terus saja menjengah ke buaian anak saya sambil mengucap panjang. Beliau terduduk sambil memadang wajah seorang demi seorang. Beliau kata di dalam buaian itu bukannya anak saya tetapi wajah perempuan tua yang hampir kecut. Ya Allah! Waktu itu rasanya kaki saya tidak mencecah ke bumi, terasa terlerai segala sendi yang ada. Cik Man tu menawarkan diri untuk mengubat bayi saya selama tiga hari(itu pun dengan izin dari Allah... katanya) . Dia meminta saya mendapatkan air lebihan mandian jenazah (air yang masih ada di dalam getah) dengan syarat yang meninggal mestilah seorang lelaki (sebab yang menumpang pada bayi saya adalah mayat perempuan tua bukannya seorang tetapi tujuh orang, benda tu menghuni di setiap sendi bayi perempuan saya) jika saya terlewat bayi saya mungkin turut meninggal.

Sampai ketahap saya berdoa agar adalah makhluk Allah yang meninggal pd hari itu. Hampir tiga jam saya bersama suami bertanya ke sana-sini, mencari rumah orang yang ada kematian. Dgn izin Allah saya terjumpa petang itu, alhamdulilah.

Petang itu Cik Man ke masjid dan dia hanya berpesan agar bayi saya yang sekecil itu dimandikan menghadap ke kiblat berserta sepotong doa yang diberikan. Suami saya terus memandikan bayi perempuan saya seperti yang disarankan oleh Cik Man tadi. Selepas dimandikan separuh badan bayi saya (dari pinggang kebawah) bertukar menjadi lebam. Rupa-rupanya kami
tersilap kerana mana ada jenazah perempuan orang lelaki yang mandikan. Sekali lagi hati saya tidak keruan, mencari hingga ke malam.

Keesokkannya pagi-pagi lagi saya telah ke rumah mayat HSA menanti kalau-kalau ada orang yang meninggal ketika itu. Allah maha penyayang dan akhirnya saya bertemu dengan kawan lama yang kebetulan kematian datuk. Saya meminta izin dari neneknya untuk meminta sedikit air lebihan mandian untuk membuat ubat anak saya. Saya menceritakan dengan linangan air mata, tersentuh hati saya bila nama bayi perempuan saya di sebut. Bila air itu sudah diperolehi terus saja saya serahkan kepada Cik Man (tak mahu ada sebarang kesilapan lagi). Cik Man meminta saya memandikan bayi saya tu tapi saya tidak boleh kerana kedatangan haid, terpaksa ibu yang mengambil alih tempat saya. Cik Man berpesan apa jua yang berlaku pada malam itu beliau meminta kami semua bersabar dan ingatkan Allah banyak-banyak.

Pintu dan tingkap diminta dibuka seluas-luasnya. Cik Man meminta ibu tanakkan sepiring pulut kuning. Benar seperti apa yang Cik Man katakan. Malam itu adalah malam pertama saya mendengar tangisan bayi saya, tangisan yang saya rindu selama beberapa bulan yang lalu. Bayi saya meronta-ronta dan dengan sepontan terasa seperti ada imbasan angin yang keluar terus menuju ke pintu dapur rumah ibu. Dalam masa yang sama terdengar suara ibu memekik dari dapur (seperti suara orang terperanjatkan sesuatu) tutup pengukus pulut itu dipenuhi cecacing dan ulat yang berwarna hitam. Adik lelaki saya mengucap dan terus membuang ulat-ulat itu ke longkang.

Bila kesemuanya telah selesai, Cik Man memberitahu tahu kepada saya,suami dan keluarga yang ada. Ada seorang daripada ahli keluarga yang menziarah orang meninggal dalam kemalangan, kemudian balik dari ziarah terus menegur bayi saya tu. Cik Man cakap itu badi mayat. Kebetulan waktu itu bapa saudara saya pula sampai ke rumah untuk bertanyakan khabar bayi saya. Rupa-rupanya orang yang Cik Man maksudkan itu adalah bapa saudara saya, dia pun akui dan tak sangka perkara itu terjadi kpd bayi saya.

Cik Man menawarkan diri sekali lagi untuk merawat bayi saya sehingga berusia setahun. Saya pernah sekali ke rumahnya dan membawa serba sedikit keperluan dapur untuk dia dan isterinya. Gembira dan bersyukur kerana bayi saya sudah pandai bertatih.

Setelah segala kesulitan terurai saya bercadang untuk menziarah Cik Man sambil membawa sedikit sedekah dan tanda terima kasih. Saya dan mencari alamat rumah spt yang diberikan oleh Cik Man. Apabila saya sampai ke alamat itu saya lihat disitu cuma ada sebuah rumah tinggal yang papannya sudah pun berlumut. Saya bertanya dengan kedai mamak yang berhampiran, tempat saya membeli keperluan dapur waktu pertama kali saya bertandang kerumah Cik Man. Mamak tu kata rumah tu dah bertahun-tahun kosong, tuan rumah tu tak ada waris.

Saya dan suami berpandangan sesama sendiri. Barang yang telah terniat untuk Cik Man saya sedekahkan ke surau yang berhampiran.

Benar kata Ura,apa yang berlaku elok dijadikan pengajaran dan iktibar.

Thursday, May 5, 2011