Monday, May 31, 2010

Krem @ Simpul Biawak

Pernah x kaki krem waktu tido? Kalau orang melayu panggil simpul biawak... Iskh memula nak masuk 5 bulan aritu kerap jugak la kaki ni krem. Especially time tdo tengah malam.... Tetiba jek nak kena kan.. mau x menjerit tengah malam.. Ery la tukang jadi mangsa bangun & tarikkan jari kaki... Tido pulak guna aircond kan.. Betambah-tambah menjadik la...

Asal balik kg nenek mesti pegi urut ngan mak bidan... Urut buang angin badan.. Mak bidan pulak cakap "Iskhh badan kau ni banyak angin, tengok tu begumpal urat kat kaki. Tu mmg tempat dia la tu. Kalo tido jangan lupa pakai stokin"

Then masa pegi routine check up @ Regency Hospital, sempat la pulak tanya pakar O&G iaitu Dr.Tokha... "Apsal kaki saya slalu krem ek DR? sebab Badan saya ni banyak angin ker?" Dr plak cakap "Owh awak ni kekurangan kalsium... baby dalam perut tu da ambil kalsium awak. Nanti saya bagi awak makan pil kalsium.. Makan 2 biji sehari.. X cukup makan 3 biji,, kalau x cukup jugak minum susu... Kalau x cukuppppppp jugak makan ikan bilis.. ratah macam makan snek"

Erkkkk.... Terkedu la pulak mendengarnya.... DR vS Mak bidan.....
So start dr hari itu i take pil kalsium & susu.. Alhamdulillah dah kurang rasa nak kene krem kaki.. Mungkin betullah kalsium dah kurang sbb baby da amik banyakk.. alahai anakku, ambil kalsium mama yer....



Politik di office

Hurmm... hot story kali ini...

Pernahkah hal ini berlaku di tempat kerja anda??? Most of office / pejabat / kantor pasti ade isu dan masalah ini... X lepas jugak di office tempat aku bekerja.... Wah dah menjadi isu semasa la pulak kan...

Heran sungguh dengan manusia ni.. Bukan kah niat asal pergi ke pejabat untuk bekerja dan mencari rezeki mengapa harus jadikan pejabat sebagai tempat untuk menyebar & menjaga tepi kain orang lain.. Tambahan pula bukannya berlumba2 untuk menunjukkan presatasi kerja yang baik tetapi sibuk bergossip & mencucuk-cucuk...

Funny betul la tengok gelagat orang sebegini.... Umur bukannya muda malah dah agak tua la jugak kan... Sanagat seronok duduk dengan boss dan cerita macam2 pasal hal peribadi orang lain. Pandai pula mereka-reka cerita yang bukan2.. Ku fikirkan perempuan sahaj yang mempunyai perangai sebegini.. Lelaki juga tak kurang hebat..

Dalam sibuk bergossip x tentu hala kerja sendiri terbengkalai dan terbiar... Apa salahnya waktu yang digunakan untuk mereka cerita & bergossip digunakan untuk menambahkan ilmu & memantapkan lagi kadar kualiti & sales syarikat... Uishh marilah kita renung2kan .....

LIPASSS ooo LIPASSS


Argh tension betul dengan makhluk yang satu ni.... Mereka semakin bermaharajalela di rumah saya... Sampaikan atas katil pun mereka panjat.... Even tengah tidur pun mereka boleh merayap... BEnci... benci.. benci... main sajalah di lantai... mengapa harus kacau tempat tidur saya??? Itu x termasuk di bahagian dapur dan cabinet dapur lagi....

Kini saya cuba menggunakan Racun serangga Ridsect khas untuk membunuh lipas.... Tadi pagi dua ekor da slamat menemui ajal mereka.... hahhahha.... Saya berharap agar dapat menghapuskan kesemua lipas yang ada di rumah.... X tahan lah dengan bau dan najis yang ditinggalkan bersepah2....

RHB Credit Card.

Ada x sesiapa yang menggunakan RHB Credit Card? Last time i mmg guna RHB credit card. Sejak gov nak chage rm50/card so i plan tutup 1 kad. Lagipon i ada dua kad Master & Visa.. End last year lagi i went to RHB bank untuk close kan account. Credit card i dah pun diambil oleh pihak bank + i signed the cancellation form...

Last 3 months datang statement charge tax fee RM50. I pun complaint la dekat RHB card centre.. Afterthat, every month datang lagi statement + late charges + interest.. Mau x mengamuk akak kan... Call balik RHB card centre.. The best alasan " MAAF yer puan, credit card centre kami mengambil masa 3 bulan utk cancellation" Then i pon dengan bengangnya reply balik " 3 bulan ok , tapi masalahnya cancellation dah dibuat end of last year.. Ni da masuk 6 bulan... Teruknya service..."

So, i pun ambil nama & no report terkini.... Hampeh btol RHB ni....!!!!!!!

"Sunday"

Hurmmm ari Ahad merupakan hari bersenang lenang dan bermalas-malasan sedunia.... Bangun pagi siapkan breakfast & basuh baju seround... Normally kitorang breakfast kat luar tapi oleh kerana terlebih rajin so sediakan breakfast kat rumah jek lah.. Kari daging + roti canai frozen yang di bakar sendiri....

Siap jek semua aktiviti di rumah mula lah kepala ligat berfikir nak cari aktiviti sampingan untuk menghabiskan hujung minggu nih... Charger PSP lak rosak so x leh main game.... Then aper lagi capai kunci keter & heret Ery keluar walaupun tanpa arah tujuan lagi nih.... Tetiba dalam perjalanan teringin lak makan donut.. So drop kejap kat Tesco Extra coz ada Big Apple Donut kat situ.. Nak ke J.Co donut jauh la pulak kan.. Kene turun sampai CS... So kitorang sambar la 1 doz donut kat Big Apple... Then singgah kedai game & beli charger utk PSP.




"Yummy"


After that teringin la pulak nak excercise kat Jusco Tebrau... then aper lagi bergegas la ke sana.. Parking still ok coz baru pukul 12pm.. X ler sesak semacam.. dapat jek parking terus la start meronda kat ladies dept. Sambar la aper yang patut kan... Al maklumlah badan semakin berisi, segala stock pakaian sumer dah makin sendat... Terpaksalah buat pelaburan di situ... Hahahahaha... Owh ya lupe la pulak, sementara sibuk memunggah barang kat ladies dept, ku suruh Ery pergi bejalan2 dulu.. So dia lepak kat Harris Book Store..

Setelah 2 jam meronda, kaki pon da penat, terasa la pulak nak pekena Java Chip Frappuccino.. Sedap Ok.. My No 1 Fav... Kalau pekena tiap2 hari pon x per.. akak suka ok.. baby pon suker.. wakaakka.. tapi kopakkk dan kering lah jawabnyerr...

Masalah utama adalah untuk lunch... X tau nak makan maner... Ingat nak makan wantan mee tapi x jual la pulak.. Then amik keputusan balik jek lah... OTW balik nanti baru pk nak makan kat maner & menu makanan... Hahahha... Then tgh driving baru lah muncul idea nak makan cantonese fried kuetiow kat TS Hotel... I loikeee... Ery makan mee goreng mamak.. x macam mamak pon ruper dia.. Mee goreng basah adelah...

Oleh kerana perut da kenyang, hari masih berbaki lagi, drop kat Todays utk cari DVD.. Sambarlah beberapa keping sebagai peneman di waktu petang.. Org cakap tido petang x elok kan.. So untuk habiskan masa dirumah , kami menonton DVD... 1st class ok coz kalau tgk wayang kene duduk.. ni siap leh baring2 lagi... hahhaha... Boleh 'Gem' dengan cara hidup x sihat ni... Kalau busan leh pause jap, buat kopi ,makan donut, pegi toilet.. then play balik..... Alangkah indahnya kehidupan di hujung minggu...

Saturday, May 29, 2010

Wesak Day

Semalam public holiday, so i plan nak masak & invite my family utk lunch together... Early morning da bangun, basuh kain & siapkan ape2 yang patut.
Around 9.30pg me & hubby keluar breakfast @ McD.. Afterthat, langsung ke Tesco utk beli barang nak masak.... Ronda punya ronda.. pusing punya pusing sampai jam 11pg. Sangkut pulak kat booth MAxis.. Nak register internet & tukar line... Masuk kereta around 11.40pg. Sampai jek rumah aper lagi besilat lah kat dapur... Sib baik smalam hari jumaat so diorang datang after sembahyang ler... Menu yang dihasilkan adelah ayam masak kicap, ayam masak lemak cili padi, sayur brocolli & mushroom chinese style & telur dadar. Hurmmm.... Air pulak ice lemon tea.. Pic x de ok coz da slamat masuk perut... Ery kerajinan membuat garlic bread.. So aktiviti kami adalah makan2 sambil bersembang....

Malam pulak me & Ery turun ke Taman Daya untuk makan sate & nasi goreng Kg... The whole day ok kitorang makan.... Yummy...

Wednesday, May 26, 2010

HB ku turun lagi...

Last 2 week g check up HB 9.6... Apa lagi merah le buku rekod... So that time da start control makan.. Nescafee & Coffee dihentikan buat seketika untuk memberi laluan kepada pil iron & makanan yang sewaktu dengannya untuk menambahkan kepekatan darah iaitu 12.5 ke atas... Jauh lagi tu nak merangkak ke 12.5.. Menu da berubaj ke bayam , buah-buahan , hati ayam , ayam , kerang dan daging... Cuma peria & pegaga ajer yang x disentuh lagi...

Walaupun gigih usaha menambah kepakatan darah tetapi malangya HB x naik... Makin turun la pulok... Jump too 9.4... Untuk pengetahuan kalian yang naik adalah berat ok.... Beratku yang naik betambah-tambah... So untuk mengetahui punca HB turun terpaksalah ambil sample darah & hantar ke maklmal... Dah ler kat swasta ambil sample kat kk pon ambik sample lagi... Abis la darah mak... hahhahah...

So kesimpulannya muka ini akan mengadap di klinik setiap dua minggu...

HB - Hemoglobin

Western Food at home....

Kalau asyik nak makan kat luar haruslah kopak kan poket... So this time try ler buat western food ala2 yang jual kat kedai tu... Lagipon leh tambah tolak maney yang nak dan x nak kan... Ikut citarasa sendiri.... Actually makan kat kedai lebih kurang jek makan kat rumah.. Lebihkan presentation samalah jadi macam yang jual harga bepuluh2 kat kedai...... Hari ni agak rajin la sikit nak try buat western food.. Actually bukan ler susah maner pon... Sumer barang da siap beli yang frozen tinggal goreng & hidang jek...

Agak sesuia la jugak untuk mereka yang nak tukar selera... Hari2 makan nasi, mee apa kata tukar pulak menu western... Yummy...!!! Tapi kalau yang pandai tu beli la dowry fillet & buat sendiri.. Save skit kot...

Masak Lagi....

BIHUN , MEE HOON , MEE SIAM , MEE KECIK , MEE HALUS....

Hurmm... balik keje da malas kan.. so nak masak pun kene lah yang simple2 jek... Fridge pun dah agak kosong... Malas ler pulak nak belanja barang basah... This time masak aper yang ade jek lah... Memula ingat nak buat yang berkuah.. X lain x bukan haruslah bihun cantonese.. Tapi Ery request bihun goreng... So terhasil lah menu untuk dinner... Bihun Goreng...



bihun goreng

bihun cantonese

Tuesday, May 25, 2010

BBQ Nite..

Dah berkurun baru nak update citer ni...

Oleh kerana kapal Ery dah belayar so diorg one team plan buat BBQ nite. So port / lokasi adalah rumah kami di Seri Alam.... Selaku tuan tanah, we all cuma menyediakan tempat sahaja.. All kind of foods order ajer... A lots of activities yg diorang buat for kids & adults... meriah ok... Satu taman leh dengar...

Menu malam tu mmg le banyak BBQ ayam, udang , sosej , bihun goreng , nugget , sandwich telur, sate , otak2 , kuih muih , puding , putu mayam , fruits & etc.... Kami tepaksa tutup kedai around 10pm coz x nak le mengganggu jiran2 tetangga.......


Cooking Time

Hurmmm... x de idea lah nak masak ape kan... So untuk memberi sedikit kelainan pada menu makanan saya, saya cuba mempelbagaikan rupa bentuk nasi goreng yang disediakan untuk makan malam.... Tara.... inilah hasilnya... MAcam kat kedai x rupe dia? heheheh....

Tendang menendang....

Si kecik dalam perut da mula ligat.... Seronok rase.. kengkadang tu sengal la jugak bila dia tendang menendang... Even world cup lom start lagi, tapi baby da start training... Opss.. i'm 5 months already... MEmula tu mabuk okey... asal masuk jek petang mula la nak tumbang... Muntah toksah cakap lerrr... hik..hik...hik... X sabau nak tunggu bulan 10 ni.. Due date 06.10.2010.. Hopefully everything ok & baby & mummy selamat...

Monday, May 24, 2010

Bukit Tinggi Pahang

Bukit Tinggi, Pahang...
Both of us spend our time together @ Bukit Tinggi, Pahang. We stayed at Colmar Tropicale Hotel. Actually not so many activities yang boleh dibuat kat sana.. mmg sesuaisangat la untuk rest & bersenang lenang.. Weather x ler sesejuk Cameron Highlands.. Tapi i like this place very much ok....
Sampai jek dekat sana, we all rest dulu kat bilik hotel... Oleh kerana deluxe room fully booked so terpaksalah ambil one bedroom suite.. Very nice room ok...
Then after that naik train yang disediakan oleh pihak hotel untuk melawat kawasan persekitaran.. Kami ke Japanese Village & Taman Haiwan.. (Padahal ade rabbit & donkey jek)....

Kami pilih L'Oreant Restaurant untuk dinner... Masakan Indo-cina.. The food mmg superb. Kami order beef, asparagus, prawn&pamelo, tomyam & rice.... Harga mmg quite expensive coze fine dining + atas bukit kan... So no choice lor....

Friday, May 21, 2010

holiday @ kk (Part 2)


On da way back from Kundasang to KK, Kami singgah ler kat kedai yang jual souvenior... Every kedai sama jek barang cuma kene pandai tawar lah harga dia... Topi yang hubby pakai tu pon beli kat situ gak.. Saje lah bagi support kat peniaga tempatan.. Tempatan ker??




Then sampai KK carik tempat makan.. dah ler susah nak cari makan kat kundasang. sampai KK susah pulak cari parking.. So, kami trus park kat hotel & cari kedai mkan around that area.. I & hubby makan kat chicken rice shop.. Yang lelain makan kat kedai nearby hotel.. After that kami berempat (I, ayah, mak & adik) yang masih gagah bejalan trus ke pasar ikan masin & pasar philipin...


Malamnyer pulak kami makan seafood kat blakang pasar philipine.. Tpt makan x ler bersih sgt tapi sbb nak try so we try lor... Tambah2 ade pulak ada yang mengidam nak makan Ketam.



Org yang ngidam ketam

Food