Monday, June 14, 2010

Chalet D'Punggai...

Sambungan pada entry yang lepas... "Holiday+Family Day"

Seperti yang telah di plan, maka kami sekeluarga bertolak ke Punggai selepas balik kerja. Sabtu pun kene kerja ok.. Tapi 1/2 day lah.. Otw ke sana kami stop jap kat Tesco Tebrau untuk mengisi "tangki".. Tangki yang dimaksudkan adalah perut2 ahli rombongan.. hahhaha... Jangan ingat kereta jek yang ada tangki yer...

Then selepas semua dah kenyang, so perjalanan diteruskan... Kami bertolak asing2 dengan ahli family yang lain.. Dalam kete penuh 5 org termasuklah bonet kereta.. Me,Ery, Mama, Ayah & baby (adik Ery yang kecik).. Bukan baby i, baby i still dalam perut lom kua lagi... Untung baby , ke mana2 i pegi, i usung skali dia dalam perut.. so, sebelum baby lahir lagi mama da bawak baby jalan2 kan... hik...hik..hik..

Jalan agak jem coz of construction.. Dari Ulu Tiram hinggalah ke persimpangan Kulai... 1 jam ok.. jalan macam siput sedut... Giler Slow lah.. Boleh hangin 1 badan nih... Lepas jek persimpangan Kulai yang agak kelam kabut sbb x de traffic light, jalan dah clear... Almost 2 jam lebih jugak lah sampai ke Punggai. Environment chalet D'Punggai memang best suasana Ala2 kampung + chalet tersusun cantik & bersih.

Sebelum ni ingat nak ke Pelangi Balau Resort tapi macam x sesuai la pulak kan coz resort kat situ ala2 hotel.. So kalau nak buat BBQ kene ke tempat khas yang jauh skit dr bilik. Kat sini ok very convenience. Slamber jek buat depan chalet. Parking kete btol2 dekat ngan chalet so x yah jalan jauh.

Oleh kerana mmg aktiviti adalah berehat, makan2 & lepak2 so x de ape lah nak diceritakan sangat tentang aktiviti. Just buat BBQ pada waktu malam & mandi laut pada waktu pagi. Ayah & budak2 bujang yang lain pegi mancing kat tepi laut. Ikan yang diorang dapat adelah besau 2 jari jek.. hahhaha...

Ahad pulak selepas kemas2 barang, kami check out dan balik semula ke JB.. So sesapa yang teringin nak keluar dr semak & hiruk pikuk JB boleh la datang ke chalet ni.. Tapi kene booking dulu yer coz chalet x banyak dalam 10 buah jek kot.. Tapi mmg selesa & x mahal... Sesuai untuk family...


PUBLISHED RATES


Standard Chalet
Weekdays : RM 150.00
Weekend : RM 180.00

Deluxe Chalet
Weekdays : RM 180.00
Weekend : RM 210.00

* Surcharge of RM 30.00 applicable on Eve of & Public Holidays of Singapore & Malaysia Calendar
*Beza Deluxe & standard adalah (deluxe ada mini fridge & meja makan)



PROMOTION RATES
Valid : from 01 January 2010 - 31 December 2010

RM 150.00 nett




Chalet D'Punggai, Teluk Ramunia.

http://chaletdpunggai.myportal.my/



BBQ (ayam,daging,kambing,sosej)




Me & Tok Wan

with love;


5 comments: