Masalah yang agak kerap dialami oleh wanita ialah mudah terkencing apabila terbatuk atau bersin. Masalah ini berlaku kepada wanita terutamanya yang sudah melahirkan anak, sedang hamil dan sudah menopaus.
Keadaan air kencing terkeluar sedikit apabila tekanan dalam abdomen meninggi (seperti batuk, bersin, ketawa) dipanggil inkontinens tekanan atau stress incontinence.
Lazimnya, keadaan ini berlaku kerana kecederaan pada otot-otot di bahagian lantai pelvis sewaktu proses melahirkan anak. Melahirkan anak yang besar (melebihi 3.5 kg) dan melahirkan anak yang ramai meninggikan lagi risiko kecederaan ini.
Keadaan ini menjadi lebih teruk apabila seseorang wanita mencapai menopaus kerana sokongan rangsangan daripada hormon estrogen sudah tidak ada lagi.
Senaman untuk menguatkan otot lantai pelvis sangat penting bagi wanita untuk memulihkan semula kekuatan otot pada lantai pelvis.
Bagaimanapun, jika keadaan agak teruk, pembedahan untuk membetulkan keadaan akan dinasihatkan. Lazimnya pemeriksaan akan dilakukan terlebih dulu untuk memastikan keadaan ini adalah inkontinens tekanan dan ia boleh dipulihkan dengan pembedahan.
Setiap wanita yang sudah pun melahirkan anak (sewaktu dalam pantang lagi) digalakkan untuk melakukan senaman untuk menguatkan otot di dinding pelvis.
Senaman seperti mengecutkan otot di sekeliling faraj dan dubur boleh dilakukan seperti menahan daripada membuang air kencing atau najis.
Ketika membuang air kecil, menahan pengalirannya untuk beberapa saat boleh dilakukan dalam usaha untuk menguatkan lagi otot di sekeliling faraj.
Senaman pelvis ini perlu dilakukan sekurang-kurangnya 300 kali sehari untuk mendapatkan keberkesanannya.
Selain itu, selalu terdengar pasal wanita lepas bersalin tempat peranakan mudah turun terutama bila mengangkat benda2 berat. Bagi mereka yang mengalami masalah seperti ini boleh juga mengamalkan proses bertungku utk menanam semula akar peranakan yang tercabut ketika besalin dulu.
Sebab tu saya rajin bertungku.. =)
salam...
ReplyDeleteinfo yg sangat berguna..
*folo ur blog..
TQ.. sama2 kita share info.. penting utk wanita dlm menjaga kesihatan diri..
ReplyDelete