Tuesday, August 16, 2011

Menu Berbuka Hari Ke - 15


Smalam start balik masak.. Masa g berbuka kat rumah abg, my grandma ada bagi cendawan. So menu berbuka semalam berkaitan dengan cendawanlah gamaknya.. hehhe..
Menu berbuka untuk Ramadhan ke 15 ialah :-
1. Nasi Goreng Cendawan
2. Karipap (from bazar)
3. Ayam penyet (from bazar)
4. Air Coco Collagen + Lobata & Gold Roast Cafe & Soyabean
5. Kurma




Nasi Goreng Cendawan
Bahan untuk cendawan :
300gm cendawan tiram
sedikit udang
1 biji bawang merah (hiris)
2 ulas bawang putih (diketuk dan dicincang)
1 sudu cili boh
1 sudu kecil sos tiram
1 sudu kecil sos ikan
2-3 biji cili api
2 inci lobak merah (hiris)
Garam
Minyak

Cara:
Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih hingga kekuningan.
Masukkan cili boh, sos tiram , sos ikan, bawang merah serta lobak merah.
Kacau hingga wangi.
Masukkan udang, cili padi yg dipotong dan garam.
Masukkan pulak cendawan dan kacau. (kuatkan sedikit api pd masa ni)
Kacau hingga sebati dan hidangkan panas2.



Bahan Untuk Nasi :
Nasi putih
50g
isi ayam (dipotong dadu)
40g
cendawan
5 sudu sos tiram
ikan bilis goreng

(
bahan2 ditumbuk)
1
biji bawang besar
½
ulas bawang putih
2
sudu besar minyak masak
garam secukup rasa 

Cara :
Panaskan minyak dalam kuali,kemudian tumis bahan tumbuk hingga wangi.
Masukkan isi ayam seketika.
Masukkan cendawan, tunggu seketika.
Masukkan nasi, sos tiram, ikan bilis goreng dan garam secukup rase.
Gaul
rata dan hidangkan



No comments:

Post a Comment