Kari Ayam Tanpa Santan
Bahan-bahannya:
5 potong ayam
2 ulas bawang putih - kisar
1 biji bawang merah besar - kisar
½ inci halia – kisar
Garam
Gula
Rempah Kari Adabi
Rempah Tumis 3 sekawan
1 biji kentang – dipotong dadu
½ biji lobak merah – dipotong dadu
Cara-cara:
Masukkan minyak & masukkan rempah tumis, goreng sebentar.
Masukkan bahan kisar dan tumis bahan kisar hingga naik bau.
Masukkan rempah kari yang dah dibancuh dengan air.Masak sehingga rempah garing.
Masukkan ayam, biar sebentar.
Masukkan air , kentan & lobak merah. Masak hingga kentang empuk.
Masukkan garam & sedikit gula.
Sedia untuk dihidangkan.
Sesuai dimakan dengan roti prata segera @ nasi putih panas2..
No comments:
Post a Comment