Thursday, July 21, 2011

Kaci Bukan Kuaci

Punyalah dok jenuh kepala otak nak makan aper utk bukak puasa semalam..
So lunch hour keluar jap g pasar, dekat jek ngan office.
Tujuannya nak cari sayur & ikan utk hantar ke rumah bbsitter Irfan..
Normally i bought chicken jek kat jusco. 
Since Ery pesan suh kurangkan makan ayam so i tukar lak lah ke ikan utk this week..

I bought ikan kaci.. Ambik 5 potong.. Kot la nak beli sepotong jek kan...
Agak besar jugak lah portion dia.. I jenguk2 gak ikan tenggiri tp mcm x bekenan..
So alang2 dah ader ikan, i beli skali bendi & kelapa..
For Irfan, I beli kentang, bayam & Carrot..

Lepas asingkan sepotong ikan utk hantar ke rumah bbsitter Irfan, Yg lelainnya masuk ke dalam periuk lah..
Ikan baru kalau masak berkuah mmg sedap.. Kalau x masak semua , ntah bila lah nak masaknyer.. 
Ikan kalau simpan lama2 mmg x sedap..

Ptg call Ery suh dia p pick up Irfan coz I nak masak.
Kalau ambik Irfan awal2 haruslah ikan ke mana nasi ke mana...
Si kenit tu nak ajak main jek.. kalau tinggalkan sendiri mau meraung kan..

Utk pengetahuan ramai, i try masak kari lepas dua tahun kawin.. hahhaha
tu pon sbb mama Ery ajar secara live kat umah.. 
Kalo x mmg sampai hari ni pon x penah cuba..
The best thing, cuma satu jenis ikan jek yg i masak selama ni iaitu Ikan KACI..

Menu berbuka semalam
Nasi Putih
Kari Ikan Kaci
Bayam goreng
Telur Masin
Air Cincau

the making of : watak utama si KACI

the making of : BEndi & kawan kawan

the making of : Tu dia dah start mengelegak

Siap : Kari Ikan Kaci

Watak sampingan : Bayam goreng

Watak sampingan : Telur Masin

Resepi Kari Ikan Kaci
Bahan
1. Ikan Kaci
2. Bendi
3. Bawang Merah + Bawang Putih - Hiris
4. Serbuk kari Adabi ( bancuh dgn air)
5. Bawang Merah + Bawang Putih - Blend
6. Halba
7. Santan
8. Minyak makan
9. Daun kari
10. Air asam
11. Garam + Gula

Cara-Cara
1. Panas kuali dgn minyak makan tumis hirisan bawang merah + putih, daun kari sampai harum
2. Masuk bawang merah + putih blend- sampai harum
3. Tabur halba
4. Masuk rempah kari yg dah dibancuh dgn air skit goreng sampai garing.
5. Masuk ikan ( kalau kering sgt letak air skit) tutup ngan penutup periuk kejap.
6. Balik2 kan ikan pelahan2..
7. Masukkan santan 1/2 cawan
8. Masukkan air asam jawa. (Kalau suka masam cam saya letak lebih skit) + garam + gula skit
9. Rasa.. kalau x ngam adjust ikut suka... 




2 comments:

  1. ikan kaci tu apa?
    kuaci taw ler ...

    ReplyDelete
  2. hhihihi.. nama dia ikan kaci.. kalau kat pasar ader jual.. isi dia lembut. sodap ehh..

    ReplyDelete