Sejak akhir2 ni sakit pinggang menjadi2... Macam nak tetanggal jek rasanya... Tido pon susah... Selalunya dia datang time malam, time nak tido & time bangun pagi... Habis sakit satu badan... Kalau dah baring, nak pusingkan badan punyalah payah, sampai nak nangis rasa... Lagi2 dah baring & nak bangun, Memang sakit sangat. nak gerak pergi toilet pon payah... Macam nak tetanggal urat belakang... Nak jalan pon susah.. Tapi bila time siang ok.. Urat dah lembut agaknyer...
Dah dua malam susah nak tido... Rasa x selesa jek... Jap2 sakit... Tapi tanda x der lagi... Iskhhh... risau lah jugak kan... So, i pon pergi la search kat internet....
Bayi turun ke bawah
Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun ‘turun’ ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Ringan lah jugak kengkadang tu sampai telupa tgh peknen... siap raba perut lagi.... huuhuhhuu
Anda mungkin terasa:
- sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan. Dah terasa pon nak jalan pon susah... Dah macam penguin... huhhuuu....
- kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing. Yang ni pon dah kerap sangat... Telebih minum sikit abis la, spuloh kali skejap ke toilet... Tapi org tua2 kata kalo kuat buang air kecil rambut baby lebat... Betol ker?
- sakit perut, memulas Sometimes terasa jugak. Ingat salah makan.. maklumlah raya..
- kerap buang air besar Yang ni pon ader.. tapi setiap kali melepaskan hajat tu sikit jek lah yang keluar...
- kerap terkentut Erkkk.. ni pon temasuk ek... Lately ni mcm lebih dari biasa.. kenapa ek???
Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendir
- Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.
- Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.
Sakit belakang (Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda) Uish patutlah, baby dah dok menekan tulang belakang... Alahai baby mama dah ler ader slip disc... Tu sebab tiap kali nak bangun rasa cam nak nagis jek... Sakitttttt ooooo....
- Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi. Erkk ade gak eh excercise mcm ni.. kalo dah sakit nak angkat badan pon x larat lagi la nak excercise kan...
- Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda. Uishh da puas bejalan nih.. Dah macam marathon pon ader..
- Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring. Dah biasa dah.. memula ok la.. lama2 datang balik..... Especially bahagian pinggang.. Tapi mak bidan cakap x leh urut kuat2 muka baby dah pusing kat blakang...
Pintu pangkal rahim terbuka dan menipis
- Doktor akan melakukan pemeriksaan vagina. Pembukaan di bahagian pangkal rahim atau servik dikesan dengan skala 1 hingga 10. Hurmm.. hopefully baby cepat kua, bukaan rahim pon cepat.. Org kata time ni lah macam nak g berperang...
Segera ke Hospital untuk kepastian doktor bila:
- kontraksi 5 minit sekali selama 1 jam. (datang lebih cepat jika anda tinggal jauh. Anda pasti tak mahu bersalin dalam kereta. ) uishhh contraction banyak sangat sampai x tau mana yang betul2... mana yang false... buatnyer tetiba rasa sakit, then g hospital skali false alarm... x ke kene marah ngan doktor.. Kalao ingat false alarm skali betul2.. uishh naya jek.. baik la bagi signal pecah ketuban kerrr.. lendir campur darah ker.. confident ckit...
- keluar air ketuban. yang ni senang... mmg dah tau dah... air putih x der bau... stengah org panggil kembar air...
- pergerakan bayi menjadi kurang kerap. yang ni pon susah nak detect...
- keluar darah dari vagina. yang ni org panggil kembar darah... lendir + darah...
- apa saja masalah yang dialami.
No comments:
Post a Comment