Ada orang pantang besalin 40 hari, ade plak yang pantang 44 hari.. Tapi aritu masa jenjalan kat Midvalley jumpa la 1 family mat saleh ni kat kedai baby tgh sibuk beli barang.. Baby dia kecik jek lagi tgh tido dlm stroller. Then i pun tanya kat minah saleh tu, brapa umur anak dia ni? Then dengan selamba dia bagi tau 2 WEEKS.. Aper? baru 2 minggu dah bawak keliling Midvalley... Mak dia punya la steady pakai short skirt & siap dokong anak pompuan dia yang satu lagi... PErghh.. kalau orang Melayu confirm kat rumah tengah bepantang.. Siap bepilis, beparam & bekain batik bagai kan... huhuhuhu... Steady lah....
Makanan yang perlu dielakkan semasa dalam pantang.
- Minuman sejuk seperti ais dan minuman bergas.
- Ikan yang mempunyai bisa (sengat) seperti ikan sembilang, ikan duri dan ikan terubuk (seumpamanya).
- Cendawan, jering dan petai.
- Semua jenis buah-buahan, terutamanya betik, tembikai dan nanas. (Kecuali buah epal boleh dimakan selepas 20 hari).
- Makanan berminyak dan bersantan.
- Ikan selar kuning, ikan gelama, ikan haruan dan ikan bilis.
- Bawang putih, bawang merah, halia muda dan kencur.
- Kentang, lobak putih, lobak merah dan sawi.
- Semasa makanan dimasak, lebihkan bawang putih, halia muda dan lada hitam.
- Elakkan dari makan sambil minum air.
- Lebihkan minuman air suam (kalau orang tua2 kata, x elok minum air banyak2 time pantang nanti urat kembang... Kalau ikut perubatan moden mmg digalakkan minum air... Uishh mana satu lah nak ikut ni ek... )
No comments:
Post a Comment