Wednesday, May 11, 2011
Seramm jek baca.. Tapi kene ambil iktibar...
Thursday, August 5, 2010
Jusco Gift Voucher
Kelmarin jalan-jalan ke Jusco Permas.. Oleh kerana member card pon dah expired so terus lah menuju ke Service Counter utk renew membership card.. Hurmm... suddenly staff tu mintak I/C... Then i pun pass ler kat dia.. He wrote down one form & asked me to sign... Ambil je form terus baca.. OOo dia nak bagi voucher rupenya... hahhahaha... Yahoooo... leh shopping lagi... Walaupun x banyak mcm dulu tapi kira ok la... Aderrr jugak kan.... TQ Jusco...
Tuesday, August 3, 2010
HOMEDEC kembali lagi...
Homedec 2010 kembali lagi ke Johor weekend ni... Hurmm.. last year pegi jugak kat sini, time ni buat kitchen cabinet (actually pasang pintu dia jek) table top dah buat awal2, so dalam beberapa bulan tu lompong jek lah tanpa pintu... Time ni jugak ler kami beli dining table, tampal wallpaper & beli carpet.... Since br jek lepas kawin & terus masuk rumah bulan 2 last year, kami berpuasa kejap dari menghias rumah sampailah Homedec 2009. Lagipon time tu dah lega skit.. Yerlah dah beberapa bulan kan... Kalau x silap, Homedec 2009 dalam bulan Julai kot...
Friday, July 30, 2010
Yey.. !!! Dah sampai...
taraaa.......
"Simple Dimple Shield Diaper Bag"
Surprise Mama..!!!
So sesapa yang nak tempah flowers ker.. Delivery gift ker.. Boleh jenguk kat link di bawah... Price pon reasonable..
http://www.zieflorist.blogspot.com/ atau jenguk-jenguk kat FB Huszie Yatim
"Present to Mama"

Monday, July 19, 2010
Semut oOo Semut...
Semalam merupakan operasi mengemas bilik tidur... Geram betollah dengan makhluk yang bernama SEMUT.. Suka benau buat rumah kat celah2 batu. Tempat paling favourite adalah di corner2... Dah ler kelmarin, I buat operasi kat dapur... Siap mop bagai... Smalam kat master bedroom pulak... Habuk toksah cakap lar.. bekepul2.. tah dari mana tah muncul.. uishh...
Saturday, July 17, 2010
"U kiss U pay" ; "I kiss I pay"
Wednesday, June 23, 2010
Shopping @ Watson

Selalu nampak iklan produk ni kat dalam magazine... Hurmmm.. a lot of function lah... bukan untuk stretch mark jek tapi kesemua masalah kulit... Niat nak beli dah lama, tapi belum tergerak lagi hinggalah semalam... Sebelum ni cuma pakai johnson baby lotion jek sapu kat perut...
Tuesday, June 22, 2010
Life Insurance...
Saturday, June 19, 2010
PERANG... PERANG.. PERANG...
Thursday, June 17, 2010
Demam Bola


"Bilik tidur utama sepanjang World Cup"
Thursday, June 10, 2010
Sebelum Dan Selepas...
1. Hidup penuh kegemilangan, hooraay sana horray sini...
2. Balik kerja terus melekap depan tv, x pon pegi excercise..
3. Malam x makan, konon nak diet... kalo housemate masak tumpang sekaki takut makanan membazir...
4. Tido sensorang kat bilik, x pon bedua dengan housemate kat hall sbb malas masok bilik.
5. X reti masok dapor, sebab x reti masak...
6. Busan2 angkut kengkawan @ sesapa yg available keluar hu ha hu ha...
7. Kalo kua horay2 selagi kedai @ kaki x sakit x balik rumah..
8. Badan solid molid.. ehehhe...
Selepas kawin..
1. Hidup agak teratur.. kalo nak hooray saner hooray sini kene ingat big boss..
2. Balik keje rest jap , x pon terus ke dapor, x pon baso baju , x pon lipat baju x pon kemas umah.. Kelas excercise terus dilupakan..
3. Malam haruss makan sebab kalo da masak membazir pulak kan kalo x makan... Pastu kat office lagi da kene fikir nak masak ape utk dinner..
4. Tido da ade orang teman kat sbelah... Walaupoun tido kat bilik @ hall...
5. Expert kat dapor.. Kalo dulu pegang senduk x pernah skang kuali periuk sume da jadi barang permainan..
6. Busan2 ajak husband kuo... X pon tgk dvd sesama...
7. KAlo keluar dgn kawan asyik kene tgk jam @ call husband kat umah...
8. Badan agak kembang semangkuk...
Saturday, June 5, 2010
Workstation baru di rumah...
Selama ni kalo online mesti merata2 tempat kat dalam rumah. Kejap kat hall, kejap atas katil dalam bilik, kejap kat dining table dan kat mana2 lah tempat, mujor x kat dalam toilet kan. Oleh kerana skang ni agak sukar nak tunduk2 , so tetiba datang pulak idea nak setup workstation utuk memudahkan online.. Kalo selama ni dok tebongkok2 atas katil, x pon sambil telentang ker tetiarap ker tapi bila da agak besar skit perut ni susah la pulak nak fleksibel kan badan.
"Tara.... Inilah Hasilnya...."
Tuesday, June 1, 2010
Akhirnya aku surrender jugak
Then aku yg x baper tau pasal insurance ni, oleh kerana terpikat dengan pakej yang diterangkan oleh agent, so agree lah nak ambil polisi pakej yang ditawarkan... Then after a few months, member yang sama2 ambil pakej tersebut bersalin & baby kene jaundis (kuning) then aku pun suh la send pergi specialist hospital pastu claim kat G.Eastern balik...
Malangnya agent tu cakap x include la pulak.... BEngang la pulak rasa kan.. Macam da kena tipu.. So member tu pergi surrender.... Aku lak x sempat nak ke G.Eastern office utk surrender... Sampai lah hari ni...
Time lunch lari jap g office G.E kat plangi dan akhirnya tetutuplah account tersebut.. walaupun rugi jugak ler tapi x per lah dari sakit hati ngan agent tu kan.. Monthly dapat komisyen dr payment aku... Lainkali bagi la penerangan betul2 jangan sebab nak sale & komisyen dok sronok tipu pelanggan... Hahahaha padan muka...
Monday, May 31, 2010
Politik di office
Pernahkah hal ini berlaku di tempat kerja anda??? Most of office / pejabat / kantor pasti ade isu dan masalah ini... X lepas jugak di office tempat aku bekerja.... Wah dah menjadi isu semasa la pulak kan...
Heran sungguh dengan manusia ni.. Bukan kah niat asal pergi ke pejabat untuk bekerja dan mencari rezeki mengapa harus jadikan pejabat sebagai tempat untuk menyebar & menjaga tepi kain orang lain.. Tambahan pula bukannya berlumba2 untuk menunjukkan presatasi kerja yang baik tetapi sibuk bergossip & mencucuk-cucuk...
Funny betul la tengok gelagat orang sebegini.... Umur bukannya muda malah dah agak tua la jugak kan... Sanagat seronok duduk dengan boss dan cerita macam2 pasal hal peribadi orang lain. Pandai pula mereka-reka cerita yang bukan2.. Ku fikirkan perempuan sahaj yang mempunyai perangai sebegini.. Lelaki juga tak kurang hebat..
Dalam sibuk bergossip x tentu hala kerja sendiri terbengkalai dan terbiar... Apa salahnya waktu yang digunakan untuk mereka cerita & bergossip digunakan untuk menambahkan ilmu & memantapkan lagi kadar kualiti & sales syarikat... Uishh marilah kita renung2kan .....
LIPASSS ooo LIPASSS

RHB Credit Card.
Last 3 months datang statement charge tax fee RM50. I pun complaint la dekat RHB card centre.. Afterthat, every month datang lagi statement + late charges + interest.. Mau x mengamuk akak kan... Call balik RHB card centre.. The best alasan " MAAF yer puan, credit card centre kami mengambil masa 3 bulan utk cancellation" Then i pon dengan bengangnya reply balik " 3 bulan ok , tapi masalahnya cancellation dah dibuat end of last year.. Ni da masuk 6 bulan... Teruknya service..."
So, i pun ambil nama & no report terkini.... Hampeh btol RHB ni....!!!!!!!









